25 October 2010

TEMPAHAN COKLAT LOVE BOX

COKLAT LOVE BOX
SEBAGAI HADIAH




Coklat Love Box saiz s..
tempahan dari Pn Masnah
dari Sungai Buloh utk dihadiahkan
 kepada temannya..
Terima Kasih dari 'Kay's Lovely Choco'


KELAS ASAS HOMEMADE COKLAT

KELAS COKLAT
24/10/2010
(AHAD)

Pn Umai dari Petaling Jaya..Pn Azila dari Subang Bistari..
dua sahabat dari satu tempat kerja, Damansara Specialist
Center.  Adik Norashrina pula dari Cheras..
Alhamdulillah..kelas berjalan lancar...
Terima Kasih kepada semua yg membuat kelas
sentiasa meriah dan ceria..


KELAS COKLAT
23/10/10
(SABTU)

Cik Intan

Cik Mimie

Alhamdullilah kelas berjalan lancar...
2 beradik, Intan dan Mimie dari Taman Melawati, KL
Semoga berjaya dengan apa yg di impikan..
Terima Kasih dari kami..

TEMPAHAN FANCY OREOCHOC


FANCY OREOCHOC
~ SEMPENA HARI GRADUASI ~

350 kotak Fancy Oreochoc tempahan dari pelajar
MRSM Alor Gajah untuk jualan sempena
Hari Graduasi kali ke 3 pada 21/10/2010..

Tahniah kepada adik-adik semua..!!

18 October 2010

TEMPAHAN COKLAT RECTANGULAR BOX - HADIAH HARI JADI



COKLAT RECTANGULAR BOX
~ HADIAH HARI JADI BUAT MAK ~




Coklat Rectangular Box untuk Hadiah Hari Jadi
Mak tersayang..tempahan dari En. Marwan sempena
Hari Lahir ibunya pada 16/10/10 ..semoga
En. Marwan dan pasangannya berpuashati..
Terima Kasih...


TEMPAHAN COKLAT RECTANGULAR BOX



~ HANTARAN PERKAHWINAN ~
WARNA TEMA PINK & PUTIH





Tempahan Coklat Rectangular Box bertemakan warna Pink dan Putih
oleh Puan Noraini dari SK Setiawangsa utk hantaran perkahwinan anak
saudaranya yang melangsungkan perkahwinan pada 10/10/10.
Tahniah..semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan
hingga keakhir hayat..dari..Kay's Lovely Choco



TEMPAHAN COKLAT RECTANGULAR BOX



~  HANTARAN PERKAHWINAN  ~
TEMA MAROON + PUTIH







Tempahan ketiga dari Juliana...dari Pro Office Solution
Tempahan dibuat untuk jirannya Diyana sebagai Hantaran
Perkahwinan...Selamat Pengantin Baru kepada
Diyana & Pasangan dari kami 'Kay's Lovely Choco'..

Terima Kasih kepada Juliana kerana masih sudi
membuat tempahan dengan kami..



TEMPAHAN OREOCHOC EDIBLE IMAGE



OREOCHOC EDIBLE IMAGE
~ SPONGE BOB & PRINCESS ~

Tempahan 30 kotak oreochoc edible image Sponge Bob
dan Princess oleh Pn Maziah dari Johor Bahru..
Sesaja tempah untuk anak2nya makan..
Alhamdulillah..coklat telah selamat sampai dalam
keadaan baik...Terima Kasih dari Kay's Lovely Choco..


KELAS ASAS MEMBUAT HOMEMADE COKLAT


KELAS COKLAT
16/10/2010 (SABTU)

Cik Shara

Pn Emma

Kelas pada hari ini dihadiri oleh dua sepupu..
Pn Emma dan Cik Shara dari Gombak, KL. 
Cik Shara masih belajar di UITM Shah Alam..sementara
Pn Emma pula bekerja di KLCC.

KELAS COKLAT
9/10/2010 (SABTU)

Pn Yanty
Pn Ida Haryati

Kelas kali ini dihadiri oleh dua sahabat baik..Pn Yanty
dari Ampang dan Pn Ida dari Kepong.  Mereka berdua
bekerja di NST..satu pejabat..


Alhamdulillah kedua-dua kelas diatas berjalan lancar..
Terima kasih kepada mereka semua kerana
sudi datang belajar dgn Kay's Lovely Choco..
Semoga berjaya dengan apa yang anda impikan..!!




04 October 2010

TEMPAHAN OREOCHOC SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA



Hadiah Istimewa Sempena Majlis
Rumah Terbuka
Oreochoc Edible Image - corak Minnie Mouse sahaja
Tempahan dari Pn Zana..dari Keramat Wangsa
Hadiah buat anak teman sepejabatnya.. yang
mengadakan rumah terbuka dan majlis sambutan
harijadi sekaligus..Terima kasih..


40 kotak Oreo Edible Image - Mickey & Minnie Mouse
Tempahan kali kedua dari Puan Nani..Puncak Setiawangsa.
Oreo corak kartun ini adalah untukdiberi kepada
 anak2 saudaranya semasa beliau menghadiri majlis
rumah terbuka saudara maranya..
Terima kasih kepada Puan Nani..

KELAS ASAS MEMBUAT HOMEMADE COKLAT


KELAS COKLAT SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI

KELAS PADA 26/9/2010 (AHAD)

Kelas kali ini dihadiri oleh 2 orang gadis yg masih muda..
Naimah dari Kuala Terengganu dan Nor Hadilah dari Cheras.
Mereka berdua baru aje menamatkan studi masing2...
Hadilah memang dah buat bisnes muffin..Kedua-dua
mereka memang bercita-cita nak buat bisnes coklat..
Semuga impian mereka menjadi kenyataan!!


KELAS PADA 19/9/2010 (AHAD)
Puan Norayu dari Batang Kali, Selangor..Tokey Cupcake..
  Datang dari jauh semata-mata nak belajar buat coklat...
Hasil kerja Pn Ayu cantik dan kreatif tapi malangnya gambar2 coklat
 yg dihasilkan tak dapat di upload kerana saya ter'delete' semua gambar
beliau termasuk gambar2 yg saya ambil semasa hari raya lalu...

Gambar diatas ni pun sempat saya ambil semasa beliau datang
membeli mold dan pewarna seminggu kemudian.
Untuk tidak menghampakan
Pn Ayu....hanya gambar ini ajelah menjadi ganti.....
Kepada Pn Ayu...semoga berjaya dengan bisnes coklat
seperti yang di impikan..